suria

Hoki: Tengku Abdullah Tidak Pertahan Kerusi Presiden PHM

Tengku Abdullah bersama pemain-pemain hoki negara selepas aksi separuh akhir Liga Hoki Dunia tahun lalu.

KUALA LUMPUR: Sukan bola sepak adalah separuh nyawa saya, jelas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Jelas beliau, sukan bola sepak sudah sebati dengannya selepas lebih 30 tahun terlibat dengan sukan ini.

"Sukan bola sepak menjadi keutamaan saya. Dengan itu saya tidak akan bertanding untuk mempertahankan kerusi jawatan presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) selepas ini. 

"Saya mahu memberi laluan kepada muka baharu yang mampu membawa sukan hoki ke peringkat yang lebih tinggi.

"Apa yang sahaja jawatan yang saya pegang tidak membebankan saya, yang penting pengurusan masa," jelasnya selepas mengumumkan beliau akan bertanding untuk kerusi Exco FIFA bagi penggal 2015-2018, Jumaat.

Selepas dua penggal menerajui badan induk itu, Tengku Abdullah mengumumkan untuk tidak mempertahankan kerusi Presiden PHM pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu yang dijadualkan berlangsung bulan ini.

Sepanjang menerajui PHM bermula 2008 hingga kini, banyak kejayaan diraih skuad negara termasuk layak ke Piala Dunia di The Hague, Belanda.

Tengku Abdullah juga merupakan presiden Persekutuan Hoki Asia selepas menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah pada 31 Ogos lalu.

hoki, Tengku Abdullah

Artikel Sebelum

Artikel Lain