suria

Pedrosa Kuasai Grand Prix Republik Czech

Pedrosa memenangi perlumbaan di Litar Brno.
DANI Pedrosa menamatkan harapan rakan sepasukannya, Marc Marquez untuk merekodkan 11 kemenangan berturut-turut dalam saingan MotoGP pada musim ini selepas menguasai Grand Prix Republik Czech pada Ahad.

Pedrosa yang mewakili pasukan Repsol Honda, menamatkan saingan 22 pusingan di Litar Brno dengan catatan masa 42 minit, 47.800 saat.

Pelumba pasukan Yamaha, Jorge Lorenzo dan Valentino Rossi masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga.

Marquez pula menduduki tempat keempat menduduki senarai kedudukan pelumba 2014 dengan 263 mata, 77 mata di depan Pedrosa.

Lorenzo yang bermula di petak keenam berada di depan pada pusingan awal sebelum dipintas Pedrosa pada pusingan ke-17.
MotoGP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain