suria

Man United Belanja £100 Juta Untuk Di Maria

PENGURUS Manchester United dilaporkan telah memberitahu Ketua Eksekutif kelab, Ed Woodward untuk melakukan apa sahaja bagi mendapatkan pemain Real Madrid, Angel di Maria.

Berikutan itu United dikatakan sedia membelanjakan sebanyak £100 juta bagi memastikan Di Maria tiba di Old Trafford.

Louis van Gaal dilapor membuat desakkan itu selepas United tewas kepada Swansea pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.

Jurulatih kelahiran Belanda itu juga mahu pemain antarabangsa Argentina berusia 26 terbabit berhijrah ke United sebelum tingkap perpindahan Ogos ditutup.

Difahamkan Di Maria telah bersetuju untuk ke United dengan gaji sebanyak £200,000 seminggu yang termaktub dalam kontrak selama lima tahun.

Mengikut jumlah kontrak yang dipersetujui Di Maria, ia bererti United terpaksa mengeluarkan sebanyak £100 juta termasuk £50 juta yuran perpindahan.

Real Madrid

Artikel Berikut

Artikel Lain