Kemenangan itu merupakan yang keenam buat Federer pada kejohanan tersebut.
Pemain Switzerland itu terpaksa bekerja keras untuk menewaskan Ferrer yang pernah bertemu dengannya pada aksi final Terbuka Perancis pada 2008.
Ferrer turut memberi tentangan sengit kepada Federer pada set kedua sebelum pemain berusia 33 tahun itu bangkit memperbaiki rentak permainannya.
Set ketiga tampak mudah buat Federer apabila beliau menguasai perlawanan untuk meraih kejuaraan ke-80 dalam kariernya.Federer tewas dalam dua aksi akhir kepada Novak Djokovic pada kejohanan Wimbledon, Julai lalu dan Jo-Wlfried Tsonga pada kejohanan Kanada Masters, awal bulan ini.
Sementara itu, bagi kategori wanita, pemain No.1 dunia, Serena Williams menewaskan Ana Ivanovic dari Serbia 6-4 6-1 untuk merangkul trofi pertamanya pada kejohanan tersebut.
Ia merupakan kejuaraan kelima buat pemain berusia 32 dari Amerika Syarikat itu pada tahun ini selepas mencatat kemenangan di Stanford, Rome, Miami dan Brisbane.


