suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

The Reds Langkah Kanan

Sturridge menjaringkan gol kemenangan Liverpool.
LIVERPOOL: Liverpool memulakan kempen Liga Perdana Inggeris dengan langkah kanan selepas menewaskan Southampton 2-1 di Anfield, malam Ahad.

Pasukan tuan rumah terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Raheem Sterling seawal minit ke-23.

Namun, Southampton yang kehilangan beberapa pemain tonggak musim ini bangkit menyamakan kedudukan menerusi Nathaniel Clyne pada minit ke-56.

Penyerang England, Daniel Sturridge membuktikan kemampuannya selaku peledak utama The Reds apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-79.

Perlawanan kali ini turut menjadi medan ujian buat pengendali Livepool, Brendan Rodgers yang melepaskan penyerang berbisanya, Luis Suarez ke Barcelona.

Musim lalu, Liverpool menamatkan saingan liga di tempat kedua, ketinggalan dua mata di belakang Manchester City.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain