suria

Chelsea Mampu Juarai EPL Selama Sedekad - Mourinho

JOSE Mourinho memberi amaran kepada pesainganya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) bahawa dia telah membina sebuah empayar yang mampu bertahan selama satu dekad sebagai pendahulu liga.

Keyakinan jurulatih kelahiran Portugal itu hadir selepas teruja dengan pembelian bernilai £75 juta bagi mendapatkan Diego Costa, Cesc Fabregas dan Filipe Luis.

Mourinho juga yakin pelaburan berbaloi itu mampu membawa pasukannya memenangi perlumbaan merebut gelaran juara liga musim ini.

Bekas pengurus Real Madrid itu memberitahu, gabungan pemain berpengalaman seperti Didier Drogba dan John Terry bersama pemain muda mampu mengimbangi skuadnya untuk terus konsisten.

"Kami mempunyai pasukan yang kami inginkan, kami tidak kata ia lengkap dan kami tidak cakap ianya yang terbaik. Tiada mana-mana pengurus dapat mengatakan skuadnya lengkap dan terbaik jika tidak dapat menambahbaik posisi tertentu.

"Kami berkata bahawa kami sangat sukakan skuad ini, ini adalah pasukan untuk hari esok, untuk musim seterusnya dan juga skuad untuk 10 tahun lagi kerana terdapat ramai pemain muda. Sebab itu saya amat menyukai skuadnya ini," jelasnya.

Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain