suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cincinnati Masters: Murray Melangkah Ke Pusingan 16 Terakhir

Andy Murray.
CINCINNATI: Pemain Britain, Andy Murray melangkah ke peringkat 16 terakhir kejohanan tenis Cincinnati Masters di sini selepas menewaskan Joao Sousa dari Portugal 6-3, 6-3 awal pagi Khamis.

Murray yang juga pemain pilihan kelapan mematahkan servis Sousa, 25, pada perlawanan set pembukaan sebelum mengesahkan kemenangan dalam tempoh sejam 11 minit. 


"Saya menang dan itulah yang penting," kata Murray.

Kemenangan tersebut menggembalikan semangat Murray yang kecundang kepada Jo-Wilfried Tsonga dalam suku akhir Piala Rogers di Toronto, minggu lalu. 

Murray, 27, akan berdepan John Isner dari Amerika Syarikat pada pusingan berikutnya.

Sementara itu, pemain No.2 Britain, James Ward, pula mengalami nasib berbeza apabila tewas 6-2 6-2 kepada pemain Perancis, Julien Benneteau pada pusingan kedua. 

Benneteau pula akan berdepan pemain Poland, Jerzy Janowicz yang menewaskan pemain Bulgaria, Grigor Dimitrov 6-4 3-6 6-3 pada perlawanan berasingan.


Cincinnati Masters, Andy Murray

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain