suria

United Jumpa Swansea Tanpa Luke Shaw Sabtu Ini

Luke Shaw.
MANCHESTER: Pemain pertahanan baharu Manchester United, Luke Shaw memberi tamparan awal kepada pasukannya apabila terpaksa disisihkan selama empat 
minggu akibat kecederaan di bahagian hamstring. 

Pemain antarabangsa England berusia 19 tahun itu menyertai The Red Devils dari Southampton dengan nilai perpindahan sebanyak £27 juta (RM135 juta) pada Jun lalu. 

Dia beraksi pada semua lima perlawanan United pada jelajah pra-musim ke Amerika Syarikat tetapi tidak diturunkan ketika pasukannya mengatasi Valencia 2-1 dalam aksi persahabatan di Old Trafford, Selasa.

Red Devils kekurangan pemain pertahanan selepas penjualan Patrice  Evra dan Alexander Buttner pada musim panas lalu.

Shaw menjadi pemain pertahanan keempat termahal dalam sejarah kelab itu.
 
United memulakan cabaran musim baharu Liga Perdana Inggeris menentang Swansea di gelanggang sendiri, Sabtu ini.

Luke Shaw, Manchester United

Artikel Sebelum

Keputusan Piala Liga

Artikel Berikut

Artikel Lain