suria

Borussia Dortmund Julang Piala Super Jerman

BORUSSIA Dortmund memberikan amaran awal menjelang pembukaan tirai saingan Bundesliga yang akan datang apabila menewaskan pencabar utama, Bayern Munich 2-0 pada Piala Super Jerman.

Bayern pernah menewaskan Dortmund dalam aksi Liga mahupun Piala Super Jerman pada musim lalu.

Henrik Mkhitaryan meletakkan Dortmund didepan seawal minit ke-23 sebelum Pierre-Emerick Aubameyang melengkapkan gol kemenangan pada minit ke-62.

Aubameyang menyarung topeng watak animasi Spiderman semasa meraikan jaringannya.

Walaupun Dortmund tidak menurunkan kapten Mat Hummels dan Marco Reus, pasukan itu jelas mempamerkan aksi bertenaga dengan menurunkan beberapa pemain bintang yang beraksi pada Piala Dunia.

Bayern mempunyai ramai pemain bintang seperti Manuel Neuer, Thomas Mueller, Philipp Lahm, Mario Goetze dan Robert Lewandowski, tetapi pasukan itu gagal menyekat kemaraan Dortmund.

Bayern turut kehilangan pemain tengahnya, Javi Martinez yang bergelut dengan kecederaan krusiat ligamen ketika diturunkan pada babak pertama perlawanan.

Martinez mungkin terpaksa diketepikan untuk tempoh yang lama akibat kecederaan itu.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain