suria

Memperingati MH17: Penonton Bertafakur Di Pembukaan Sukan Komanwel

Rakyat Malaysia Dr Nazam Dzolkarnaini memegang sepanduk "Justice for MH370 & MH17" semasa majlis pembukaan Sukan Komanwel kali ke-20 di Glasgow.
GLASGOW: Majlis pembukaan Sukan Komanwel di Glasgow melalui tempoh senyap dalam beberapa ketika bagi memperingati 298 mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines.

Hampir satu pertiga daripada mangsa yang menaiki penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine adalah rakyat dari negara-negara Komanwel, termasuk 44 dari Malaysia dan 27 dari Australia.

Menteri Pertama Scotland, Alex Salmond meminta penonton di Celtic Park untuk "berdiam diri sejenak sebagai mengucapkan takziah dan penghormatan serta solidariti terhadap mereka yang kehilangan orang tersayang tanpa mengira bangsa."
Glasgow, MH17

Artikel Lain