suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liverpool Mahu Sekat United Dapatkan Vidal, Tawar £42.5 juta

Arturo Vidal
LIVERPOOL berharap untuk menyekat langkah Manchester United bagi mendapatkan bintang Juventus, Arturo Vidal dengan tawaran £42.5 juta  mereka untuk pemain tersebut.

United telah menjadikan Vidal sebagai sasaran utama pemindahan dan laporan hari ini mencadangkan bahawa kelab itu yakin mampu mendapatkan khidmat pemain itu dengan tawaran mega.

Walau bagaimanapun, media di Chile kini melaporkan bahawa Liverpool juga tegas memasuki perlumbaan untuk mendapatkan pemain itu dan bersedia untuk membuat tawaran bernilai £42.5 juta.

El Mercurio berkata Real Madrid juga berkira-kira untuk mendapatkan pemain itu tetapi tidak mempunyai dana untuk membuat perjanjian, menyebabkan hanya Liverpool dan United bersaing untuk mendapatkan pemain itu.

The Reds dilihat mempunyai kelebihan yang ditawarkan dalam bola sepak Liga Juara-Juara.
Arturo Vidal

Artikel Lain