suria

Majlis Pembukaan Sukan Komanwel Penuh Warna-Warni

Pancaran bunga api menerangi stadium pada acara pembukaan Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland, awal pagi Khamis.
GLASGOW: Ratu Elizabeth awal pagi ini merasmikan pembukaan Sukan Komanwel edisi ke-20 dengan kemeriahan dan majlis penuh warwa-warni di hadapan kira-kira 40,000 penonton.

Temasya sukan itu yang menampilkan 17 acara membabitkan saingan 11 hari akan membabitkan penyertaan lebih 4,500 atlet dari 71 negara sekali gus menjadikan acara sukan terbesar pernah dianjurkan di Scotland.

Ratu Elizabeth menggesa atlet yang bertanding supaya "bersatu" pada masa susah selepas bertafakur seminit bagi menghormati mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17. 

Sementara itu, kontinjen Malaysia yang berarak memasuki stadium dengan membawa bendera separuh tiang dan memakai lilitan warna hitam.

"Terima kasih kepada anda semua, atlet Sukan Komanwel, saya mengucapkan selamat bertanding dalam temasya ini. Kejayaan anda dalam beberapa hari akan datang pasti memberi semangat untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan kita," titah Ratu Elizabeth. 

Kontinjen dari semua 71 negara berarak bermula dengan tuan rumah Sukan Komanwel 2010 dan diakhiri dengan Scotland.

Antara kemuncak perasmian menyaksikan pemenang enam pingat emas Sukan Olimpik, Chris Hoy membawa baton bagi mengakhiri larian sejauh kira-kira 160 kilometer membabitkan kesemua negara yang bertanding pada temasya itu selama lebih sembilan bulan. 

Sukan Komanwel

Artikel Lain