suria

Van Gaal Bawa Manchester United Jelajah Amerika Syarikat

MANCHESTER United memulakan misi untuk merampas kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan latihan pra-musim di Amerika Syarikat (AS).

Skuad itu yang diketuai pengurus baharunya, Louis van Gaal bertolak ke AS pada Jumaat bersama pemain-pemain utama seperti Wayne Rooney.

Selain membawa misi dan perubahan besar terhadap United, Van Gaal juga mengarahkan kelab berkenaan menukar rumput di kem latihan Carrington sepanjang ketiadaan skuad.

Jurulatih dari Belanda itu mahu kem latihan berkenaan menggunakan rumput jenis Desso seperti di Old Trafford dan Wembley.

Trip: Van Gaal arrived at Manchester airport on Friday afternoon with his new Red Devils squad Trip: Van Gaal arrived at Manchester airport on Friday afternoon with his new Red Devils squad

Van Gaal tiba di Lapangan Terbang Manchester bersama skuadnya untuk ke Amerika Syarikat.

New boys: New signings Ander Herrera and Luke Shaw will both play for United in America New boys: New signings Ander Herrera and Luke Shaw will both play for United in America
Pemain baharu United, Ander Herrera dan Luke Shaw.

Team effort: Juan Mata takes a selfie with David De Gea, Ander Herrera and Rafael
Juan Mata berselfie dengan David De Gea, Ander Herrera dan Rafael ketika berada dalam pesawat.

Besties: Ashley Young takes new boy Ander Herrera under his arm in Manchester airport
Ashley Young bersama Herrera.

Sementara itu, dua pemain iaitu Bebe dan Anderson tidak dibawa ke AS kerana kedua-duanya tidak akan bersama United pada musim akan datang.

Bebe kini berharap akan berhijrah ke Benefica manakala Anderson telah dipinjamkan ke Fiorentina sejak musim lalu.

Injured: Anderson, pictured arriving at training with Bebe, is missing the trip with a calf injury

Kenderaan yang dinaiki Bebe dan Anderson meninggalkan Carrington selepas pemain lain ke AS.

Bagaimanapun, Van Gaal turut membawa pemain muda untuk digilap sepanjang latihan berkenaan di AS.

Mereka ialah Tom Lawrence, Davide Petrucci, Tom Thorpe, Andreas Pereira dan Nick Powell.


Manchester United

Artikel Lain