suria

Filipe Luis Pakai Jersi No 5 Di Chelsea

Luis mengikat perjanjian kontrak tiga tahun bersama The Blues.

CHELSEA mengumumkan pemain pertahanan Atletico Madrid, Filipe Luis menjadi miliknya dengan tiga tahun kontrak.

"Kelab Bola Sepak Chelsea teruja mengalu-alukan kedatangan Filipe Luis dari Atletico Madrid", jelas satu kenyataan di laman web The Blues.

Luis akan memakai jersi bernombor lima di Stamford Bridge nanti.

Pemain  berusia 28 tahun ini menjadi salah seorang pemain yang membantu Atletico Madrid menjuarai liga Sepanyol musim lalau sekaligus layak ke Liga Juara-Juara.

Pun begitu Luis kelahiran Brazil mahu perubahan angin baharu dengan beraksi di kelab England.

"Perpindahan ini seperti mimpi menjadi kenyataan. Kini saya berpeluang bermain untuk Chelsea dan juga dalam Liga Perdana Inggeris.

"Saya sangat gembira serta dan tidak sabar untuk bermain serta akan cuba memberi yang terbaik untuk kelab musim baharu nanti," kata Luis.

Luis mula menyertai Atleti Deportiva pada tahun 2010 dan mencatat 98 penampilan dalam semua perlawanan untuk Madrid, menjuarai Liga Europa 2012 dan Copa del Rey 2013 sebelum menjulang trofi liga.

Dia mempunyai empat kap bersama Brazil yang meraih tempat keempat pada aksi Piala Dunia minggu lalu dan turut menjadi pemain standby bagi skuad negaranya itu. 

Filipe Luis, chelsea, Atletico Madrid

Artikel Lain