suria

Harimau B Bertanding Kejohanan Hassanal Bolkiah

Skuad Harimau B Malaysia.

KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 21 Tahun negara akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Trofi Hassanal Bolkiah dari 9 hingga 23 Ogos.

Kejohanan remaja Asean itu melibatkan lima negara iaitu Malaysia, Vietnam, Kemboja, Singapura dan tuan rumah Brunei, menurut laman web Persatuan Bolasepak Malaysia FAM) www.fam.org.my.

Presiden Persatuan Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam, Putera Sufri Bolkiah, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei, Datuk Paduka Awang Hazair Abdullah serta wakil dari kedutaan negara berkenaan menyaksikan acara undian yang dijalankan awal Julai.

Harimau Muda B di bawah kendalian Mohamed Razip Ismail akan memulakan kempen menentang Vietnam pada 11 Ogos diikuti Kemboja (13 Ogos), Singapura (16 Ogos) sebelum menamatkan perlawanan menentang Brunei dua hari kemudian.

Acara separuh akhir dan akhir dijadual pada 20 dan 23 Ogos.


Harimau B

Artikel Lain