suria

Maut Kerana Aksi Sepakan Penalti

Neymar melakukan sepakan penalti terakhir pasukan untuk Brazil.

SEORANG penyokong bola sepak Brazil meninggal dunia kerana serangan jantung ketika sedang menyaksikan aksi sepakan penalti negaranya bertemu Chile awal Ahad lalu.

Lelaki berusia 69 tahun itu dikatakan mengalami tekanan dengan dengan aksi tersebut ketika menonton di sebuah bar berdekatan dengan stadium di Belo Horizonte.

Penyokong tersebut mempunyai rekod mengidap penyakit darah tinggi, memberitahu tidak sihat dan telah dihantar ke hospital namun meninggal dunia sebaik sahaja tiba di situ, lapor sebuah akhbar Brazil,  Estado de Minas.

Menurut laporan tersebut, pegawai kesihatan di Brazil telah menjalani rawatan seramai 98 orang penyokong ketika perlawanan itu, termasuk seorang wanita berusia 50 tahun yang mengidap penyakit jantung, manakala seorang lelaki muda mengalami patah hidung kerana bergaduh.

Perlawanan Brazil-Chile berkesudahan seri 1-1 sehingga mengheret perlawanan ke penentuan penalti yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Brazil 3-2.

Brazil, Penyokong, Meninggal dunia

Artikel Lain