suria

Jurulatih Nigeria Letak Jawatan, Yobo Bersara Arena Antarabangsa

Keshi (kiri) dan Yobo.

STEPHEN Keshi mengumum perletakan jawatan sebagai jurulatih Nigeria selepas pasukannya tewas 2-0 kepada Perancis pada aksi pusingan kalah mati awal pagi Selasa.

Pengendali berusia 52 tahun itu dikaitkan dengan pasukan baharu, Afrika Selatan.

"Sudah tiba masanya saya kembali kepada keluarga dan bertemu cabaran baharu," jelas Keshi yang menguruskan pasukan ini sejak 2011.

Keshi pernah cuba meletak jawatan sebelum ini, sehari selepas menjuarai Piala Negara-Negara Afrika, namun dipujuk untuk kekal bersama Nigeria.

Sementara itu, bekas pemain pertahanan Everton, Joseph Yobo turut membuat keputusan untuk bersara daripada aksi antarabangsa.

Yobo menjadi pemain pertahanan pertama Nigeria yang mencatat 100 kap ketika aksi bertemu Perancis.

"Ini sahaja. Apabila saya mengimbas kembali detik karier saya, ia sangat membanggakan.

"Saya mahu meninggalkan kenangan manis  buat negara.Tewas kepada Perancis bukanlah sesuatu yang betul, tetapi saya tetap gembira dengan apa yang telah dilakukan untuk pasukan kebangsaan.

"Sudah tiba masanya memberi peluang kepada orang lain. Pasukan bola sepak kami mempunyai masa depan yang cerah dan saya yakin kejayaan besar akan dikecapi," jelas pemain pertahanan Fenerbahce ini.

Nigeria, stephen Keshi, Joseph yobo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain