suria

Klinsmann Kritik Pemilihan Pengadil Dari Algeria

JURULATIH Amerika Syarikat, Jurgen Klinsmann mengkritik FIFA di atas perlantikan pengadil dari Algeria bagi perlawanan Amerika Syarikat bertemu Belgium bagi perebutan slot ke suku akhir awal pagi Rabu.

Sebagai rekod, pasukan Amerika Syarikat menjaringkan gol lewat kemenangan ketika menentang Algeria pada aksi Piala Dunia empat tahun lalu sekaligus meletakkan mereka di kedudukan teratas kumpulan di depan England.

Dan perlantikan pengadil dari Algeria, Djamel Haimoudi ini membuatkan Klinsmann tidak selesa.

"Adakah ia satu perasaan yang baik? Tidak," kata Klinsmann pada Isnin.

"Dia boleh bercakap bahasa Perancis dengan pemain-pemainnya di padang, bukan dengan kami dan negara itu (Algeria)  yang kami kalahkan pada aksi Piala Dunia sebelum ini.

Djamel Haimoudi


"Kadang kala saya tidak faham dengan FIFA. Saya tahu bukan mudah untuk memilih pengadil yang betul.

"Kami harap perkara tersebut tidak akan timbul, dan kami tahu dia sudah mengendalikan dua perlawanan dengan baik sebelum ini. 

"Kami percaya dia akan menjadi pengadil dengan adil."

Sementara itu, jurulatih Belgium Marc Wilmots membidas kenyataan Klinsmann itu.

"Saya tidak fikir pengadil berada di padang untuk berborak. Dia berada di sana untuk menjadi pengadil.

"Saya tidak mahu terjebak dengan 'permainan' isu pengadil ini," tegas Wilmots.

Artikel Lain