suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kapten Greece Gantung But, Jurulatih Tamat Kontrak

KAPTEN Greece, Giorgos Karagounis mengambil keputusan bersara dari aksi antarabangsa selepas pasukannya tewas kepada Costa Rica pada aksi kalah mati, Isnin lalu.

Greece tewas 5-3 melalui penentuan penalti selepas terikat 1-1 sama pada perlawanan tersebut.

"Ini adalah perlawanan terakhir saya bersama Greece. Kami ingin berada lebih lama di Brazil, namun kamu tidak boleh mengubah keadaan itu," jelasnya.

Karagounis mengakhiri karier antarabangsanya dengan 139 kap dan 10 gol, malah dia adalah salah seorang daripada dua pemain yang kekal dalam skuad sejak tahun 2004.

"Perlawanan dan pengalaman ini merupakan sesuatu yang penting untuk masa depan. Mereka (pemain muda) akan teruskan perjuangan untuk peringkat yang lebih tinggi," jelasnya.

Dalam pada itu, aksi bertemu Costa Rica ini juga merupakan penampilan akhir jurulatih Fernando Santos bersama Greece. 

Kontraknya bersama pasukan ini tamat sebaik sahaja aksi Piala Dunia berakhir.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain