suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penonton Risau Tangga Stadium Maracana Bergoyang

VIDEO mengenai tangga Stadium Maracana bergoyang tersebar ketika penonton-penonton menggunakan laluan itu untuk ke tempat duduk bagi menyaksikan perlawanan di antara Argentina dan Bosnia Ahad lalu.

Salah seorang penonton yang turut menggunakan tangga tersebut mengakui berasa takut kemungkinan tangga yang diperbuat daripada kayu itu runtuh.

"Apabila ramai orang menggunakan tangga itu, ia bergoyang dan kami terpaksa berhati-hati," jelas Jorge Martinez.

Dalam pada itu, kerajaan Brazil berkata, pihaknya telah melakukan pemeriksaan mengenai dakwaan tersebut bagi memastikan keselamatan penonton.

Namun persoalan timbul di kalangan peminat-peminata bola sepak mengenai tangga tersebut yang tidak diperbuat daripada simen.

Namun berlainan pula di bahagian tempat duduk VIP yang diperbuat daripada batu konkrit dan lebih selamat.

Juan Miranda dari Chile berkata, dia cuba membeli tiket VIP untuk menyaksikan perlawanan negaranya dengan Sepanyol.

Artikel Lain