suria

13 Terbunuh, 20 Cedera Diserang Bom Ketika Menonton Piala Dunia

Letupan bom yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan Boko Haram.

SEKURANG-kurangnya 13 orang terbunuh dan 20 orang tercedera selepas satu bom diletupkan di bandar Damaturu, Utara Nigeria ketika orang ramai berkumpul menyaksikan perlawanan Piala Dunia.

Seorang saksi mendakwa, penyerang melepaskan bom di lokasi yang dipenuhi orang awam pada Selasa malam, kemudiannya melarikan diri.

Penyerang tersebut dikatakan seorang pengebom berani mati.

Sehingga kini tiada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab, namun bandar Damaturu dan sekitarnya dikuasai pemberontak Islam yang dinamakan Boko Haram.

Kumpulan tersebut turut dilapor melepaskan bom di lokasi siaran Piala Dunia di Adamawa yang turut menyebabkan 14 terbunuh, manakala 12 lagi cedera.

Menurut Reuters, Pengarah Hospital Pakar Sani Abacha mengumumkan 13 orang meninggal dunia termasuk seorang kanak-kanak dan sekurang-kurang 20 lagi cedera.

Pihak kerajaan Nigeria menasihatkan  agar tidak berkumpul di tempat awam menonton Piala Dunia bagi mengelak daripada serangan bom.

Nigeria, serangan bom, Piala Dunia

Artikel Lain