suria

Rooney Kembali Ke Posisi No 10

Hodgson (kanan) bersama Rooney ketika sesi latihan England pada Rabu.

JURULATIH England, Roy Hodgson bersedia memperjudikan masa depannya dengan memberi kembali posisi No 10 kepada Wayne Rooney menjelang perlawanan bertemu Uruguay awal pagi Jumaat ini.

Perlawanan penting kedua-dua pasukan yang dianggap hidup atau mati selepas masing-masing tewas pada perlawanan pertama sebelum ini.

Rooney menjalani latihan pada Rabu dengan posisinya sebagai penyerang manakala Raheem Sterling akan bermain di bahagian kanan dan Danny Welbeck sebagai sayap kiri.

Rooney mencatat 39 gol untuk England setakat ini namun masih perlu mencatat gol di Brazil selepas gagal berbuat demikian ketika tewas 2-1 kepada Itali Sabtu lalu.

Dalam sesi latihan itu juga, skuad England turut menjalani latihan sepakan penalti oleh Rooney, Steven Gerrard, Frank Lampard, Rickie Lambert dan Leighton Baines.

Perlawanan bertemu Uruguay ini bakal memberi jawapan sama ada skuad Hodgson ini akan meneruskan aksi ke peringkat kedua ataupun boleh mengucapkan selamat tinggal Brazil.

Wayne rooney, Piala dunia, England

Artikel Lain