suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Myung-bo Gembira Keputusan Seri Ke Atas Rusia

JURULATIH Korea Selatan, Hong Myung-bo terpaksa berpuas hati dengan kedudukan seri 1-1- pada aksi pembukaan Kumpulan H bertemu Rusia awal pagi Rabu.

"Kami gagal memenangi perlawanan ini, namun saya gembira kerana pemain-pemain berjaya mengikat mereka.

"Perlawanan pertama ini sememangnya sentiasa sukar. 

"Sebelum ini kami mengkaji taktik yang diserapkan oleh jurulatih mereka sekaligus membuatkan kami bersedia dalam apa jua formasi yang dilakukan.

"Pemain-pemain saya sudah melakukan yang terbaik dan mempamerkan displin yang memuaskan.

"Hakikatnya kami terpaksa terima bahawa pemain-pemain Rusia sangat laju dan sentiasa memberi tekanan.

"Saya memberitahu kepada semua pemain mereka boleh menggunakan corak hantaran jauh walaupun itu bukanlah satu arahan," jelas Myung-bo.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain