suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Coentrao Terpaksa Lupakan Aksi Piala Dunia

Coentrao terbaring menahan kesakitan di pangkal paha.

PEMAIN pertahanan Portugal, Fabio Coentrao terpaksa melupakan hasrat untuk terus beraksi pada Piala Dunia selepas mengalami kecederaan serius di bahagian paha.

Coentrao yang juga merupakan pemain Real Madrid terpaksa diusung keluar pada babak kedua ketika pasukannya tewas 4-0 kepada Jerman pada Isnin dan posisinya digantikan dengan Andre Almeida.

Selepas menjalani ujian imbasan, Persatuan Bola Sepak Portugal mengesahkan Coentrao,26, tidak dapat meneruskan aksi Piala Dunia lagi.

"Ia merupakan saat sedih, dan saya mahu melupakannya secepat mungkin.

"Sudah tentu se4tipa pemain mahu beraksi, lebih-lebih lagi dalam kejohanan besar ini.

"Saya tidak boleh membantu lagi negara saya. Selepas ini aksi pra musim akan bermula dan apa yang saya akan lakukan ialah memberi fokus pemulihan untuk mebantu Real Madrid.

"Pada Ahad ini pasukan akan berdepan dengan Amerika Syarikat dan ia merupakan perlawanan penting hidup atau mati bagi kami," katanya.

Aksi di Brazil merupakan saingan Piala Dunia yang kedua buat Coentrao.

Fabio Coentrao, Piala dunia, Portugal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain