suria

Seri Dengan Mexico, Jurulatih Brazil Akui Sukar Catat Kemenangan

Pemain Brazil, Neymar (kiri) dicabar pemain pertahanan Mexico, Francisco Rodriguez dalam perlawanan peringkat Kumpulan A di antara Brazil dan Mexico di Stadium Castelao, Fortaleza, awal pagi Rabu. -AFP
FORTALEZA: Brazil hanya mampu seri 0-0 dalam perlawanan dengan Mexico dalam saingan Kumpulan A di Stadium Arena Castelao di Fortaleza, awal pagi Rabu.

Keputusan ini menjadikan kedua-duanya, Brazil dan Mexico perlu mencari mata pada perlawanan akhir peringkat kumpulan.

Brazil akan bertemu Cameroon untuk perlawanan seterusnya manakala Mexico dijadualkan akan berdepan Croatia.

Jurulatih Brazil Luiz Felipe Scolari mengakui keputusan ini bukan satu keputusan yang baik selain mengakui ia satu perlawanan yang sukar.

“Ada peluang untuk kami menang namun ia sukar,” kata Scolari.

“Ini bukan satu keputusan yang baik kerana hanya dengan kemenangan boleh bantu kami layak. Sekarang kami harus hormat pasukan lain.

“Kami berdepan pasukan yang baik dan kami harus sedar kenyataan itu,” katanya.

Berdasarkan rekod, Mexico tidak pernah menang atau seri menentang Brazil dalam kita pertemuan sebelum ini.

Kehebatan penjaga gol Mexico Guillermo Ochoa, menjadi salah satu faktor yang membawa keputusan seri.

Ochoa hebat mengawal gawang daripada bolos walaupun diasak dengan serangan daripada pemain Brazil Paulinho, Neymar dan Thiago Silva yang sering membuat percubaan menjaringkan gol.
Brazil, Mexico, Piala Dunia 2014

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain