suria

Kapten Brazil Akui Pemain Mexico Berbahaya

KAPTEN Brazil, Thiago Silva percaya pasukannya sudah bersedia berdepan dengan 'bahaya' Mexico pada perlawanan pagi Rabu ini.

Kedua-dua pasukan tersebut pastinya mahu menang perlawanan ini bagi menguasai kedudukan  teratas Kumpulan A.

Biarpun menang 3-1 ke atas Croatia pada aksi pembukaan Sabtu Jumaat lalu, pemain pertahanan Paris Saint-Germain ini tetap risau dengan dua kelibat pemain Mexico, Peralta dan Giovani dos Santos yang kini berada dalam prestasi kemuncak.

Manakala Mexico mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Cameroon pada aksi sebelum ini.

"Mereka merupakan pemain yang berkualiti.

"Saya sudah beberapa kali berdepan dengan mereka, termasuk pada Sukan Olimpik. Malangnya kami tewas pada aksi final.

"Namun kami tetap tenang kerana ia perlawanan yang bagus, pengurusan yang baik dan berada dalam prestasi memuaskan.

"Jadi walaupun kami berada dalam keadaan tenang, ia tidak bermakna kami tidak berwaspada. Sebagai pemain berkualiti, kami akan sentiasa berjaga-jaga.

"Sebab utama adalah Giovani dan Peralta, kerana mereka boleh membuat keputusan dalam masa sesaat. Kami juga mengkaji aksi serangan mereka," jelas Silva.

Brazil, kapten, Piala Dunia

Artikel Lain