suria

Taktik Bertahan Pilihan Korea Selatan

Myung-bo (kiri) memantau anak buahnya ketika sesi latihan terakhir menjelang perlawanan bertemu Rusia.

KOREA Selatan dijangka akan mengunakan taktik bertahan menjelang perlawanan bertemu Rusia awal pagi Rabu.

Jurulatih pasukan, Hong Myung-bo menegaskan corak bertahan penting bagi mengelak pasukannya daripada tewas.

Korea Selatan yang dikenali sebagai Taegeuk Warriors The Red Devils bakal membuka perlawanan Kumpulan H di Cuiaba dengan corak baharu selepas tewas 4-0 kepada Ghana pada aksi perlawanan persahabatan sebelum ini.

Jurulatih berusia 45 tahun ini juga memberi bayangan akan menggunakan formula lebih konservatif apabila berdepan dengan anak buah Fabio Capello nanti.

"Sudah tentu perlawanan pertama akan memberi kesan besar kepada keseluruhan pasukan dalam kumpulan.

"Pasti menarik jika kami menang, namun apa yang penting kami bermain bukan untuk tewas," katanya.

Bagaimana pun dalam masa sama Myung-bo yakin barisan pemain-pemain mudanya ini mampu melakukan serangan ke atas Rusia.

"Mereka mungkin muda namun saya percaya pemain-pemain mampu membuat keputusan yang matang ketika di padang.

"Aksi penyudah kami akan memberi keputusan sebenar pada perlawanan bertemu Rusia ini. Saya jangkakan bahagian serangan akan mampu menjaringkan gol pada aksi Piala Dunia ini," jelas Myung-bo.

Korea Selatajn, Piala Dunia

Artikel Lain