suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Frank Lampard Sah Tinggalkan Chelsea

Frank Lampard. Foto AFP

FRANK Lampard sah meninggalkan Chelsea apabila menandatangani perjanjian untuk bersama kelab bola sepak Amerika Syarikat, New York City FC.

Selain Lampard, pemain Atletico Madrid, David Villa turut bersama-sama menyertai pasukan itu.

New York City FC, yang dimiliki-bersama oleh kelab Liga Perdana, Manchester City dan New York Yankees, akan memasuki musim Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat Mac depan dan kini dalam proses mencari dan merekrut pemain untuk jadual mereka.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Lampard akan menyertai francais terbaharu dalam MLS itu di mana ia bakal mewujudkan gelombang dalam arena bola sepak dunia menerusi usaha mereka untuk memburu pemain buat skuadnya.

Lampard mengumumkan perpindahan keluarnya dari Chelsea pada musim ini setelah bersama selama 13 tahun di Stamford Bridge.

Selama berada di Chelsea, Lampard sudah meraih tiga gelaran Liga Perdana Inggeris, empat trofi Piala FA, dua trofi Piala Liga, Liga Europa dan Liga Juara-Juara.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain