suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

David Villa Berpindah Ke New York City FC

David Villa. Foto AP

PEMAIN Sepanyol, David Villa berpindah ke kelab bola sepak Amerika Syarikat, New York City FC, selepas beliau menandatangani kontrak bersama pasukan itu selama tiga tahun.

Perpindahan Villa dari Atletico Madrid ini merupakan pembelian terbesar dalam liga bola sepak Amerika sejak pemain dunia, David Beckham berpindah ke kelab L.A Galaxy.

"Ini merupakan saat paling bersejarah buat keluarga besar New York City," kata Ferran Soriano, Ketua Pegawai Eksekutif New York City FC pada Isnin.

"Saya tahu siapa David Villa. Beliau merupakan salah seorang pemain bola sepak terbaik di dunia, merupakan juara yang sejati dan mempunyai pencapaian karier yang cemerlang. Saya yakin penyokong-penyokong New York akan senang melihat beliau beraksi," kata Soriano.

Villa merupakan sebahagian daripada pasukan Barcelona yang begitu berjaya di bawah kepimpinan Pep Guardiola.

Di New York City, pemain berusia 32 tahun itu akan menyarung jersi nombor tujuh, yang sama ketika beliau bersama dengan Barcelona.

"Saya akan mencuba untuk membantu mengembangkan liga bola sepak Amerika, dengan kerja keras, dengan mencipta banyak jaringan dan pada masa sama membantu menjadikan New York Citu sebagai kelab terbaik di Amerika," kata Villa.

Artikel Sebelum

Artikel Lain