suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Perancis: Nadal Menentang Ferrer Pada Suku Akhir

Nadal memburu gelaran juara kali kelima berturut-turut di Terbuka Perancis.
PARIS: Juara lapan kali, Rafael Nadal melangkah ke suku akhir kejohanan tenis Terbuka Perancis menentang rakan senegaranya, David Ferrer.

Nadal yang meraikan hari lahir ke-28 pada Selasa, menundukkan pemain ke-83 dunia, Dusan Lajovic dari Serbia dengan 6-1, 6-2, 6-1.

Nadal kini memburu gelaran pemain lelaki pertama sebagai juara Terbuka Perancis lima kali berturut-turut memerlukan 93 minit untuk melepasi tentangan Lajovic dan mengesahkan tiket ke suku akhir.

Perlawanan lain pula menyaksikan Andy Murray bakal berdepan kawan lama, Gael Monfils.

Sementara itu, Ferrer mara ke suku akhir Grand Slam buat kali ke-10 menerusi kemenangan 6-3, 6-3, 6-7 (5/7), 6-1 ke atas pemain Afrika Selatan, Kevin Anderson.

Murray pula yang sebelum ini mara ke separuh akhir di Paris pada 2011 akan menentang Monfils selepas menang ke atas pemain Sepanyol, Fernando Verdasco 6-4, 7-5, 7-6 (7/3).


Artikel Sebelum

Artikel Lain