suria

Man United Harus Miliki Fabregas - Bekas Penyerang Chelsea

Francesc Fabregas.

BEKAS penyerang Chelsea, Tony Cascarino berpendapat bahawa Manchester United seharusnya mendapatkan Francesc Fabregas kerana pemain Barcelona itu yang paling diperlukan oleh pasukan itu.

Cascarino menyifatkan Manchester United perlu segera mendapatkan Fabregas sebagai pengganti Paul Scholes. Bekas pemain itu yang kini menjadi pakar di Sky Sport menyatakan bahawa Frabregas adalah jawapannya.

"Manchester United sangat memerlukan seseorang seperti Fabregas. Mereka mendapatkan seseorang untuk menggantikan Paul Scholes. Michael Carrick memang mengagumkan tetapi Cesc (gelaran untuk Fabregas) akan memberi lebih keistimewaan," kata Cascarino kepada stesen radio sukan, talkSPORT.

Perkara itu yang membuatkan Scholes yang sempat bersara dari Manchester United, kemudiannya memutuskan kembali bermain pada pertengahan musim 2012/2013.

Sir Alex Ferguson yang ketika itu masih menguruskan Manchester United sangat menghargai bekas pemain yang pernah membantu mendapatkan kejuaraan dalam Liga Perdana Inggeris.

Artikel Lain