suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perak Selangkah Tamatkan Penantian 22 Tahun

KANGAR: Skuad hoki Perak selangkah untuk menamatkan penantian pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) selama 22 tahun.
 
Kali terakhir Perak memenangi pingat emas acara hoki lelaki ialah pada edisi Sukma Johor pada 1992. 

Skuad bimbingan Mohd Nizam Mohd Hashim itu tidak mudah menempatkan diri ke peringkat akhir selepas terikat 2-2 dengan Pulau Pinang pada perlawanan separuh akhir di Padang Hoki Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra. 

Permainan terpaksa ditentukan dengan pukulan sudut penalti yang menyaksikan Perak menang dengan 4-3. 

"Saya berpuas hati dengan persembahan anak buah saya ini. Walaupun ada di antara mereka yang cedera, saya harap kecederaan itu tidak serius dan dapat terus bermain esok," kata Mohd Nizam. 

Skuad hoki Perak akan bertemu Negeri Sembilan, yang menewaskan Terengganu 2-1 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, dalam perlawanan akhir pada Selasa.
 
Sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis pula, perlawanan separuh akhir hoki wanita antara Johor dan Melaka juga berkesudahan dengan penentuan penalti. 

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan selepas tamat perlawanan dan kemenangan berpihak Johor dengan 3-2. 

Skuad hoki 'Harimau Selatan' itu akan bertemu Wilayah Persekutuan, yang menewaskan Terengganu dalam satu lagi perlawanan separuh akhir dengan 2-0.
hoki, perak, Sukma

Artikel Lain