suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Calon Jurulatih Kebangsaan: Dollah Salleh Enggan Komen

Dollah Salleh (kiri) dinobatkan sebagai jurulatih terbaik tahun lalu.

PETALING JAYA: Jurulatih pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dollah Salleh tidak mahu memberi sebarang komen mengenai namanya yang turut disebut sebagai calon untuk mengisi kekosongan jawatan ketua jurulatih bola sepak kebangsaan.

Dollah berkata, beliau hanya membaca mengenai namanya yang disenarai pendek oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di dada akhbar sahaja.

"Saya tidak mahu fikir dan komen apa-apa mengenai perkara tersebut kerana saya sendiri tidak tahu mengenainya.

"Saya hanya membaca laporan itu di akhbar selepas kawan saya menghantar  keratan itu melalui 'wassup'.

"Saya tidak mengharap apa-apa dan tunggu sahaja keputusan yang diumumkan oleh FAM nanti," jelasnya kepada mStar Online pada Selasa.

Kerusi panas ketua jurulatih negara kosong sejak Disember lalu selepas kontrak Datuk K. Rajagopal telah tidak disambung.

Sehingga kini tugas sementara itu dipikul oleh ketua jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee.

Selain Kim Swee dan Dollah, FAM turut mendedahkan dua nama jurulatih luar negara yang disenarai pendek iaitu jurulatih kebangsaan Mozambique Gert Engels dan bekas jurulatih  Bawah 21 tahun Sepanyol, Luis Milla Aspas.

FAM dijangka akan membuat pengumuman jurulatih baharu kebangsaan ini  bulan depan.

Dollah Salleh, FAM

Artikel Lain