suria

Arsenal: Kedudukan Wenger Goyang

Kedudukan Wenger agak goyang selepas kalah besar kepada Chelsea minggu lalu.
ARSENAL mula membayangkan aksi tanpa Arsene Wenger biarpun dalam masa yang sama kelab itu berharap pengurus tersebut akan menyambung kontraknya yang akan tamat hujung musim ini.

Wenger memberi kata putus kepada Gunner bahawa dia akan kekal di sini dan masih mempunyai kepercayaan pemegang saham kelab, Stan Kroenke yang tidak ragu-ragu dengan sentuhan jurulatih itu.

Namun selepas dimalukan 6-0 pada aksi liga perdana oleh Chelsea pada Sabtu lalu, Arsenal dilihat mula membuat perancangan di luar jangkaan dan mengharap agar Wenger membuat pusingan-U dan beredar dari Emirates.

Arsenal mahu merancang sesuatu dalam tempoh jangka masa panjang dengan pengurusan yang baharu.

Roberto Martinez yang mengurus kelab Everton musim pertamanya serta pengurus Jorge Klopp yang membawa Borussia Dortmund meraih gelaran naib juara Liga Juara-Juara musim lalu telah menarik minat Arsenal.

Namun peluang masih terbuka buat Wenger sekiranya mampu menang ke atas Swansea pada aksi hujung minggu ini walaupun bakal beraksi tanpa pemain pertahanan utamanya, Laurent Koscielny yang mengalami kecederaan.

Arsene Wenger, Arsenal, The Gunner

Artikel Berikut

Artikel Lain