suria

Ghaddar Ketuai Jentera Serangan Bertemu JDT

Mohammed Ghaddar

KOTA BAHARU: Penyerang Kelantan Mohammed Ghaddar akan mengetuai jentera serangan Kelantan apabila bertemu Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Sultan Mohd IV, Kota Baharu pada Selasa.

Ketua jurulatih pasukan Red Warriors, Steve Darby berkata Mohammed Ghaddar mempunyai segala ciri-ciri untuk mengemudi jentera serangan Kelantan dengan jayanya.

"Beliau (Ghaddar) akan beraksi esok kerana beliau mungkin mahu turun padang terutama menentang JDT,"  kata Darby.

Darby berkata para pemain perlu fokus walaupun bekas ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak yang sekarang menjadi pengurus JDT berkata mereka mahu mengutip tiga mata penuh di Kota Bharu.

"Saya akan memilih para pemain terbaik yang ada kerana kami perlu menghormati peminat dan kami mahu memenangi semua perlawanan," kata beliu.

Jurulatih berusia 59 tahun itu berkata beliau kemungkinan akan menurunkan Brendan Gan dan Mohd Fitri menentang JDT.

"Kami sedang menunggu kelulusan untuk Brendan Gan dan Mohd Fitri beraksi.  Wan Zack Haikal Wan Noor tidak akan diturunkan kerana kecederaan dan hanya akan turun dalam kempen Piala Malaysia," kata Darby.

Kelantan menduduki tangga ketiga dalam kumpulan itu dengan mengutip 13 mata selepas lapan perlawanan.

Darby betrkata JDT adalah pasukan pilihan walaupun mereka kehilangan khidmat Baihakki Khaizat selepas kapten pasukan itu dibuang padang kerana mengasari pemain Angkatan Tentera Malaysia, Venice Elphi.

"Itu bukan menjadi masalah besar bagi pasukan itu, mereka mempunyai ramai pemain yang berkebolehan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain