suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Badminton: Soon Huat Terpilih Sertai Skuad Piala Thomas

Soon Huat berjaya meraih tiket menyertai skuad Piala Thomas negara.

KUALA LUMPUR: Pemain sokongan Goh Soon Huat mendapat tempat dalam skuad Piala Thomas negara selepas beliau menduduki tangga teratas perlawanan percubaan yang diadakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi memilih pemain ke kejohanan tersebut.

Soon Huat mengalahkan bekas pemain antarabangsa Tan Chun Seang 21-14, 21-13 untuk menduduki tangga teratas dalam pemilihan selama tiga hari di Stadium Juara, Bukit Kiara minggu lalu.

Menurut BAM, jemputan telah dibuat untuk memilih pemain bukan dari BAM bagi  menyertai perlawanan percubaan yang dijalankan secara 'round robin'.

"Percubaan dan pemilihan tersebut merupakan antara keseluruhan program yang BAM akan terus lakukan secara berkala bagi menghadapi kejohanan besar pada 2014 seperti Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

"BAM akan turut menjemput Zulfadli Zulkiffli dan Misbun Ramdan untuk menyertai latihan pusat dengan kami," katanya.

Kejohanan Piala Thomas akan berlangsung di New Delhi dari 18 hingga 25 Mei ini.

Goh Soon Huat, BAM, Piala Thomas

Artikel Sebelum

Artikel Lain