suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia Masih Berpeluang, Atasi Kanada 3-1

Ahmad Kazamirul Nasruddin (dua, kanan) meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan selepas berjaya menjaringkan gol ke-3 untuk Malaysia. - fotoBERNAMA
IPOH: Malaysia memperkemaskan rentak permainan pada babak kedua sebelum mengetepikan Kanada 3-1 pada pusingan awal Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-23 di sini, malam Isnin.

Kemenangan tersebut mengekalkan rekod tanpa kalah skuad bimbangan Muhammad Dharmaraj Abdullah untuk memburu tempat ke final dengan menghuni tangga ketiga di belakang pendahulu Australia dan Korea Selatan.

Selepas tiga perlawanan, Australia, selaku juara bertahan, mengekalkan rekod tanpa kalah dengan mengumpul maksimum sembilan mata manakala Korea Selatan dan Malaysia berkongsi tujuh mata dengan dua kemenangan dan seri sekali.

Penyerang utama negara Faizal Saari membuka tirai jaringan seawal minit keempat apabila menerima hantaran daripada Muhammad Marhan Mohd Jalil sebelum menewaskan penjaga gol Kanada, David Carter.

Bagaimanapun, Kanada menyamakan kedudukan pada minit ke-15 menerusi Adam Froese sebelum skuad negara beraksi dengan 10 pemain apabila Faizal dilayangkan kad kuning kerana mengasari Jadish Gill.

Selepas waktu rehat, Faizal kembali semula dengan melakukan penyudahan pukulan sudut penalti pada minit ke-46 sebelum Ahmad Kazamirul Nasruddin mengesahkan mata penuh negara dengan jaringan pada minit ke-67.

Malaysia akan menentang China, Rabu ini, sebelum melengkapkan jadual pusingan awal dengan bertemu Australia, Sabtu ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain