suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sabah, DRB-Hicom Sekadar Seri

Srecko (kiri) menjaringkan gol untuk Sabah.
MELAKA: Sabah hanya mampu mencatat keputusan seri 1-1 dengan DRB-Hicom dalam perlawanan tunggal Liga Perdana di Stadium Hang Jebat di sini, Isnin.

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencipta jaringan dalam permainan di padang yang becak akibat hujan.

Sabah terlebih dahulu membuka jaringan hasil tendangan percuma dari luar kotak penalti oleh pemain import dari Australia, Mitrovic Srecko pada minit ke-50.

DRB-Hicom kemudian berjaya menghasilkan gol penyamaan pada minit ke-84 melalui rembatan Khairul Anuwar.

Keputusan itu menyaksikan Sabah naik satu anak tangga ke tempat kelima liga manakala DRB-Hicom kekal di tangga kesembilan.

Sabah, DRB-Hicom, Liga Perdana

Artikel Sebelum

Artikel Lain