suria

Masalah Baharu United: Moyes Dan Giggs Bergaduh

Giggs (kiri) dan Moyes (kanan) bersama barisan kejurulatihan Manchester United.

PASUKAN Manchester United yang ditimpa malang selepas tewas kepada Liverpool pada Ahad, kini berdepan masalah baharu apabila pengurusnya, David moyes didakwa bergaduh dengan pemain senior, Ryan Giggs.

Pertembungan antara perancang pasukan dan individu senior di atas padang itu bermula apabila pemian sayap berkenaan mengkritik corak latihan Moyes.

Giggs yang dilantik pembantu jurulatih selepas berjaya di bawah kendalian Alex Ferguson menyifatkan latihan yang dibawa Moyes agak negatif serta tidak memberikan kekuatan kepada pasukan.

Giggs selain itu turut marah dengan dengan keadah taktikal yang digunakan Moyes semasa pasukan berkenaan yang sedang bergelut untuk mendapat kemenangan tewas di laman sendiri.

Giggs merupakan pemain yang mencatatkan rekod penampilan terbanyak bersama United iaitu 960 penampilan sejak pertama kali beraksi pada tahun 1991.

Perbalahan antara kedua-dua individu itu turut didedahkan dalam majalah-majalah apabila Giggs mengkritik taktikal Moyes habis-habisan.

Pemain terbabit turut menyatakan bahawa dia mungkin akan meninggalkan United jika Moyes menggunakan kaedah yang dianggap sebagai 'sampah'.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain