Malaysia, di bawah bimbingan jurulatih baharu, Muhammad Dharmaraj Abdullah, terpaksa bekerja keras untuk menyekat gerakan kemas skuad Afrika Selatan sebelum membuka jaringan pada minit ke-10 menerusi Shahril Saabah.
Bagaimanapun, Afrika Selatan mengambil kesempatan menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Jethro Eustice pada minit
ke-16 untuk kedudukan 1-1 pada separuh masa.
Malaysia, yang cuba mencari kejuaraan sulung sejak edisi pertama pada 1983, berjaya mendahului semula kedudukan pada minit ke-42 menerusi jaringan Rashid
Baharom sebelum Eustice sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-57.
Bagaimanapun, penyerang senior negara Faizal Saari muncul wira skuad kebangsaan apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-63.
"Kami sudah menjangkakan perlawanan sebegini...kami dapat banyak peluang dan juga melakukan banyak kesilapan.
"Kami memperoleh kira-kira 10 percubaan pukulan sudut penalti dan hanya menyudahkan satu sahaja. Pada perlawanan seterusnya, saya harap lebih banyak pemain akan diberi tanggungjawab mengambil pukulan sudut penalti," kata Dharmaraj.
Jadual perlawanan (Jumaat):
Korea Selatan mln Kanada - 6.05 petang
China mln Afrika Selatan - 8.05 malam


