suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-Gara Tanduk, Pardew Digantung Tujuh Perlawanan

Pardew (kanan) sebelum menanduk pemain Hull, Meyler.
PENGURUS Newcastle, Alan Pardew menerima padah apabila digantung tujuh perlawanan gara-gara menanduk pemain tengah Hull, David Meyler.

Pardew bukan sahaja dikenakan gantung tujuh perlawanan, malah turut tidak dibenarkan memasuki stadium.

Keputusan itu dibuat selepas Pardew mengaku bersalah di atas tindakannya itu.

Dia juga didenda £60,000 (RM327,211) serta diberi amaran berikutan insiden di pada 1 Mac lalu yang menyaksikan Newcastle menang 4-1 ke atas Hull.

Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA): "Pengurus Newcastle United Alan Pardew digantung tujuh perlawanan serta merta, tertakhluk kepada rayuan selepas dia mengaku bersalah terhadap tindakannya itu."

Pardew juga turut didenda oleh kelabnya sebanyak £100,000 (RM545,352) dan diberi amaran keras.

"Saya telah mengaku bersalah dan menyesal dengan insiden tersebut dan sekali lagi memohon maaf semua pihak yang terlibat, yang saya sedar tindakan itu tidak boleh diterima," jelas Pardew.


Alan Pardew, Newcastle, Tanduk

Artikel Sebelum

Artikel Lain