suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liga Juara-Juara: Bayern Munich Tempah Tiket Ke Suku Akhir

Pemain-pemain Bayern meraikan kemenangan ke atas Arsenal sekaligus mara ke suku akhir Liga Juara-Juara.
BAYERN Munich menempah tiket ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menang secara agregat 3-1 ke atas Arsenal pada aksi pusingan kedua kelompok 16 pasukan di Allianz Arena, awal pagi Rabu.

Pada aksi kedua ini, perlawanan berakhir dengan kedudukan 1-1 apabila Bayern membuka jaringan terlebih dahulu pada minit ke-54 melalui  Bastian Schweinsteiger.

Tiga minit selepas itu Lukas Podolski menyamakan kedudukan, namun sehingga tamat permainan kedua-kedua pasukan gagal menambah jaringan.

Anak buah Pep Guordiola mencatat kemenangan 2-0 ke atas The Gunner pada aksi pertama di Stadium Emirates tiga minggu lalu, sekaligus menyaksikan mereka layak ke suku akhir.

Senarai pemain:

Bayern Munich: Neuer; Lahm, Martínez, Dante, Alaba; Schweinsteiger, Thiago; Götze, Robben, Ribéry, Mandzukic

Arsenal: Fabianski; Sagna, Mertesacker, Koscielny, Vermaelen; Arteta, Oxlade-Chamberlain; Cazorla, Ozil, Podolski; Giroud

Artikel Berikut

Artikel Lain