suria

Enam Calon Jadi Perhatian Bagi Tugas Ketua Jurulatih Negara

Subahan Kamal
PETALING JAYA: Enam nama kini menjadi perhatian untuk dipilih bagi memikul tanggungjawab sebagai ketua jurulatih bola sepak kebangsaan.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, pihaknya ada menyenarai pendek calon-calon untuk ketua jurulatih

"Banyak permohonan yang kami terima, namun setakat ini hanya enam nama yang kami pilih untuk ditemuduga atau bertemu mereka secepat mungkin

"Kriteria pertama pemilihan calon-calon ini adalah berdasarkan pengalaman ataupun sebagai pemain berpengalaman yang di kenali dunia bola sepak.

"Pun begitu, saya suka maklumkan bahawa kami tidak tergesa-gesa mencari jurulatih dalam masa terdekat ini.

"Datuk Ong Kim Swee masih menjadi pemangku ketua jurulatih skuad kebangsaan sehingga bulan Jun ini," jelasnya kepada media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Persefahaman Astro Arena dan Utusan Malaysia selaku penyiar dan akhbar rasmi Liga Malaysia 2014.

Subahan berkata, kriteria-kriteria utama bagi jurulatih negara ini tidak berubah seperti yang ditekankan sebelum ini. 

"Mereka bukan sahaja mengendalikan skuad negara, tetapi apa yang penting turut memberi bantuan dalam pembangunan bola sepak di peringkat remaja.

"Ia penting kerana golongan pemain remaja inilah yang akan diserapkan ke skuad negara satu hari nanti.

"Ada juga persoalan mengenai jurulatih Kim Swee untuk terus membimbing skuad ini. Dan saya boleh katakan beliau juga turut diberi perhatian

"Saya tidak mempunyai masalah dengannya.  Ketika di Yemen baru-baru ini, saya tertarik dengan caranya menghadapi saat-saat genting  ketika hanya ada sepuluh pemain.

"Ketika itu ternyata bukan taktikal permainan yang penting, tetapi apa yang ditekankan telah membuahkan kemenangan kepada kita," katanya

Menurut Subahan, antara enam nama yang disenarai pendek ialah bekas pemain Perancis, Marcel Desaily, Bobby Houghton (jurulatih India dan China)  serta jurulatih dari Itali  yang mengendalikan kelab di Indonesia, Fabio Lopez.

"Tiga lagi termasuk Zdenak Zeman (Roma), David o Leary (bekas pemain Arsenal dan pengurus Leeds United, Aston Villa, Al-Ahli) dan Peter  Reid (bekas pengurus Thailand).

"Jadi siapa pun yang kita pilih, akan diumumkan selepas Jun ini," jelasnya.

Fam, Subahan, Bola sepak, jurulatih

Artikel Lain