Golf: Manassero, Thongchai Meriahkan Terbuka Malaysia 2014 - Sukan | mStar

Golf: Manassero, Thongchai Meriahkan Terbuka Malaysia 2014

Matteo Manassero

KUALA LUMPUR: Matteo Manassero dan Thongchai Jaidee akan menyertai Lee Westwood dan Louis Oosthuizen untuk memeriahkan kejohanan golf Terbuka Malaysia Maybank 2014 di Kuala Lumpur Golf and Country Club dari 17 hingga 20 April.  

Keempat-empat bekas juara ini merupakan Star Player yang disahkan penyertaan mereka oleh penaja kejohanan, Maybank, dalam kejohanan yang menawarkan hadiah US$2.75 juta (RM9.01 juta) itu. 

"Empat bekas juara ini sudah mengesahkan penyertaan mereka dalam Terbuka Malaysia Maybank 2014. 

"Manassero (dari Itali) dan Thongchai (dari Thailand) mewakili segala yang menarik mengenai permainan golf. Seorang daripadanya merupakan pemain muda yang tidak mengenal erti gentar serta lincah dan garang ketika berada di padang. 

"Seorang lagi pula begitu meyakini bahawa kesabaran adalah kunci untuk memenangi sesuatu pertandingan dan inilah yang meletakkan Thongchai begitu lama pada kedudukan teratas dalam sukan ini. 

"Saya menjangka persaingannya akan sengit nanti, bukan sahaja kerana mereka sudah menikmati kemegahan dalam Terbuka Malaysia Maybank, tetapi juga kerana mereka sudah tentu mahu menjulang trofi itu sekali lagi. Pemain berbakat besar lain pula semakin mendapat kedudukan kukuh di peringkat dunia," kata pengerusi Maybank Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor dalam kenyataan.

Manassero, 20, yang menjuarai Terbuka Malaysia 2011 ketika belum mencecah usia 18 tahun, berazam untuk meraih satu lagi kegemilangan di Malaysia. Sejak dinobatkan sebagai juara di Malaysia tiga tahun lepas, pemain ini terus menambah baik kedudukannya dalam ranking dunia dan tergolong sebagai 50 pemain terbaik dunia.

Sementara itu, Thongchai, juara tiga kali Asian Tour Order Of Merit (OOM), meraih gelaran juara Terbuka Malaysia pada 2004 dan 2005.

Bekas anggota pasukan payung terjun dalam Tentera Diraja Thailand, Thongchai telah menjadi juara dalam 16 kejohanan, termasuk lima dalam siri Jelajah Eropah. Westwood yang berasal dari England, bekas pemain nombor satu dunia dan juara Terbuka Malaysia 1997, diumumkan sebagai Star Player pertama bank awal bulan ini, manakala pemain handalan Afrika Selatan, Oosthuizen, mengesahkan penyertaannya dalam kejohanan berprestij ini bulan lepas.

Golf , Terbuka Malaysia , 2014 , Messarano , Thongchai

Artikel Sebelum

Charlton Pecat Pengurus Powell

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain