suria

Terbuka BNP Paribas: Nadal Tersingkir Saingan Ketiga

Nadal pulang awal selepas tewas aksi pusingan ketiha Terbuka BNP Paribas, Selasa.

BINTANG no.1 dunia, RAFEL Nadal ditunjuk jalan keluar lebih awal oleh pemain Ukraine, Alexandr Dolgopolov 6-3 3-6 7-6 (7-5) dalam aksi pusingan ketiga Terbuka BNP Paribas di Indian Wells pada Selasa.

Sebelum ini Nadal menewaskan Dolgopolov pada final pertama Terbuka Rio bulan lalu, namun kali ini menyaksikan pemain Ukraine itu kembali membals dendam ke atas bintan Sepanyol ini.

Dalam pada itu juara Wimbledon, Andy Murray menang ke atas pemain Czech Jiri Vesely 6-7 (7-2) 6-4 6-4 selepas bekerja keras.

Murray tewas pada set pertama, namun kembali mengejar pemain berusia 20 tahun yang kini berada di ranking ke-77 dunia.

Pemain kelahiran Scotland ini bakal bertemu Milos Raonic pada aksi kempat nanti.

Selain itu, bekas pemain no.1 dunia, Roger Federer turut mara ke peringkat seterusnya dengan mengetepikan pemain Rusia, Dmitry Tursunov, 7-6 (9-7) 7-6 (7-2).

Keputusan Penuh Terbuka BNP Paribas (Pusingan Ketiga)

Alexandr Dolgopolov (Ukraine) mn Rafa Nadal (Spain) 6-3 3-6 7-6(5)

Kevin Anderson (South Africa) mn Evgeny Donskoy (Russia) 4-6 6-0 6-3

Stanislas Wawrinka (Switzerland) mn Andreas Seppi (Italy) 6-0 6-2

Milos Raonic (Canada) mn Alejandro Falla (Colombia) 6-4 6-3

Fabio Fognini (Italy) mn Gael Monfils (France) 6-2 3-6 7-5

Roger Federer (Switzerland) mn Dmitry Tursunov (Russia) 7-6(7) 7-6(2)

Andy Murray (Britain) mn Jiri Vesely (Czech Republic) 6-7(2) 6-4 6-4

Tenis, Terbuka BNP Paribas, Nadal, Murray

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain