suria

Moyes Akui Rooney Sukar Diganti

PENGURUS Manchester United, David Moyes mengakui amat mustahil untuk mencari pengganti Wayne Rooney di Old Trafford.

Rooney yang menyambung kontrak baharu selama lima tahun setengah mempamerkan aksi memukau ketika menang 2-0 ke tas Crystal Palace pada Ahad.

Kemenangan itu sekaligus membawa Man United mara ke tangga keenam liga, manakala bos Red Devils itu memberi tabik kepada penyerang England 28 tahun.

"Dia adalah pemain penting dan kamu tahu mengenai bilangan kelab yang ingin mendapatkannya. Dia memang sukar untuk diganti.

"Tidak cukup pemain terkenal lain yang ada di luar sana boleh menggantikan tempatnya dengan mudah.

"Wayne adalah salah satu daripada mereka. Dia mempamerkan perubahan setiap minggu dan dalam dirinya nampak sikap kepimpinan, apa yang dibawa untuk pasukannya.

"Kami mahu dia terus berada di sini dan saya yakin dia juga begitu. Dia adalah 'budak' yang mahu terus menjadi lebih baik," jelas Moyes.

Moyes, Rooney dan United kini bertandang ke Greece bagi mengharungi pusingan kelompok 16 Liga Juara-Juara bertemu Olympiakos.

Moyes yang berdepan dengan situasi sukar selepas menggantikan Sir Alex Ferguson membimbing skuad ini berharap pasukannya akan menamatkan musim ini dengan kedudukan yang terbaik.

"Kami menghadapi saat sukar dalam aksi Eropah menjelang Selasa ini dan fokus kami hanya di situ.

"Kami mahu menang perlawanan itu dan memastikan akan terus berada dalam kedudukan yang baik dan menyakinkan. Ia satu perlawanan yang besar bagi kami.

"Kami tidak bermain dalam tempoh 10 hari sebelum ini, jadi saya pasti pemain-pemain sudah bersedia dan memberi fokus untuk aksi ini dan mampu mempamerkan aksi yang luar biasa.

"Terdapat beberapa kecederaan pemain tetapi saya harapkan mereka boleh pulih menjelang Selasa ini. Mereka ada peluang. Saya ada lihat bagaimana Phil Jones dan Johhny Evans beraksi.

"Rafa (Rafael) juga baik. Saya akan terus memantau mereka dan harap mereka boleh sertai kami," tambah Moyes.

Rooney. Man United, Moyes

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain