suria

Hariff Ingin Ulangi Kejayaan Dua Tahun Lalu Di LTdL

KUALA TERENGGANU: Pelumba sensasi negara Mohd Hariff Salleh bertekad ingin mengulangi pencapaian cemerlang dalam saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun ini seperti yang pernah dikecapinya dua tahun lalu.

Pelumba Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) ini turut mengidamkan gelaranRaja Pecut seterusnya menyarung Jersi Hijau dalam kejohanan yang bermula 27 Febini.

Anak kelahiran Kuala Terengganu ini berkata beliau akan melakukan persembahan terbaik bagi mengulangi detik indah itu sekali lagi untuk dikongsi bersama rakyat Terengganu.

Katanya beliau akan cuba mencuri peluang dan ruang dalam setiap peringkat bagi merebut kedudukan terbaik.

"Saya yakin hasrat itu mampu direalisasikan dengan bantuan rakan sepasukan yang mempuyai pengalaman luas dalam kejohanan seperti ini.

ika boleh saya ingin menaiki podium di negeri kelahiran saya sendiri khususnya pada peringkat akhir perlumbaan bagi menghadiahkan kepada rakyat Terengganu," katanya.

Pelumba berusia 26 tahun ini berkata pada kejohanan LTDL tahun ini beliau lebih yakin dengan gandingan pasukan TSG.

Katanya gandingan mantap bersama Anuar Manan serta Adiq Husainie Othman yangbersama pasukan mampu melonjakkan lagi nama TSG.

"Kehadiran Anuar dan Adiq pada tahun ini akan memperkemaskan lagi pasukan selain dua lagi pelumba lain dan kami senang bekerjasama memandangkan kami satu negeri dan pernah digandingkan sebelum ini," katanya.

Hariff berkata beliau meletakkan laluan dari Kemaman ke Kuala Terengganu sebagai laluan kegemaran memandangkan laluan itu landai dan mudah untuknya memecut.

Beliau berkata beliau juga akan cuba mencuri tumpuan pelumba lain bagi memberi ruang kepada rakan sepasukannya menaiki podium dan meletakkan TSG di kedudukan terbaik.

Pada tahun ini TSG membariskan enam pelumba tempatan bagi menggalas cabaran yang berbaki dua hari lagi iaitu gandingan mantap pasangan adik beradik, Mohd Hariff Salleh, Mohamed Zamri, Adiq Hussainie Othman, Shahrul Mat Amin dan Saufi Mat Senan.

LTdL 2014 bermula dari 27 Feb hingga 8 Mac yang meliputi laluan sejauh 1,506.5 km merangkumi 10 peringkat bermula di Langkawi dan berakhir di Kuala Terengganu.-

Hariff, Lumbabasikal, LTdL, 2014

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Moyes Akui Rooney Sukar Diganti

Artikel Lain