suria

Kajian Terperinci Demi Masa Depan Sukan Paintball - Penganjur

Pemilik marker paintball perlu mempunyai lesen pemilikan.
Pemilik marker paintball perlu mempunyai lesen pemilikan.
Pemilik marker paintball perlu mempunyai lesen pemilikan.

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AKR Event Sdn Bhd, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri menjelaskan tindakan Polis Diraja Malaysia memberi tempoh sebulan kepada pemilik senjata tiruan termasuk 'marker paintball’ yang belum mempunyai lesen pemilikan adalah satu perkara yang tergesa-tergesa.

Menurut Johan, sebagai penganjur paintball terbesar di negara ini (Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia), perkara ini merupakan satu tindakan yang boleh memberi perspektif buruk kepada ibu bapa amnya yang mana sukan paintball dirancang akan menjadi salah satu sukan teras.

"Arahan pihak Polis Diraja Malaysia ini ada keburukan dan kebaikannya. Usaha pihak polis ini bagus namun ia dibuat secara tergesa-gesa.

"Jika benar peralatan sukan ini berbahaya, sepatutnya dari dahulu lagi undang-undang ini telah dilaksanakan.

"Sukan ini telah lama dimainkan bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia," jelasnya kepada mStar Online.

Jelas Johan, pihaknya bukan menentang arahan pihak berkuasa, tetapi ia perlu dibuat dengan lebih teratur walaupun ianya berpandukan kepada Seksyen 4 Akta Senjata Api 1960.

"Peralatan paintball diletakkan di bawah Akta Senjata Api yang jelas memberi pandangan yang tidak menyenangkan terhadap sukan ini.

"Mungkin pihak berkuasa boleh meletakkan di bawah akta yang berlainan kerana paintball adalah acara sukan dan ia bukanlah berbahaya.

"Sukan paintball ini merupakan satu aktiviti berkumpulan yang mampu memberi kesimbangan mental dan fizikal kepada peserta," tambahnya.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Datuk Zulkifli Abdullah berkata hanya pengusaha yang terdiri daripada syarikat berdaftar sahaja dan diiktiraf kepakarannya oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia boleh memohon dan memiliki senjata berkenaan.

“Pemohonan bagi individu tidak akan dipertimbangkan,” katanya pada Isnin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain