suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kebangkitan Hewitt Terkandas, Novak, Azarenka & Serena Mara Ke Suku Akhir

KEBANGKITAN bekas juara, Lleyton Hewitt pada Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat tahun ini berakhir di pusingan keempat apabila dia tewas kepada Mikhail Youzhny dalam perlawanan lima set.

Hewitt cuba untuk melepasi pusingan ini dan mara ke peringkat suku akhirnya yang pertama dalam tempoh empat tahun dalam siri Grand Slam tetapi nasib tidak menyebelahinya.

Pemain Australia berusia 32 tahun itu tewas 6-3 3-6 6-7 (3-7) 6-4 7-5.

Sementara itu, pilihan pertama Novak Djokovic menewaskan Marcel Granollers 6-3 6-0 6-0 untuk mara ke suku akhir.

Pemain pilihan kedua wanita, Victoria Azarenka menewaskan Ana Ivanovic 4-6 6-3 6-4 dan pilihan pertama Serena Williams pula menewaskan Carla Suarez Navarro 6-0 6-0.

Artikel Lain