suria

Arsenal Berjaya Beli Mesut Ozil Dari Real Madrid £42.5 Juta

Ozil kini sah milik The Gunners.
Ozil kini sah milik The Gunners.
Ozil kini sah milik The Gunners.

ARSENAL yang dikritik hebat para peminatnya sendiri kerana gagal membawa masuk sebarang pemain baru sepanjang permulaan musim ini akhirnya berjaya membeli pemain antarabangsa Jerman, Mesut Ozil dari Real Madrid.

Ozil menandatangani perjanjian lima tahun dengan bayaran gaji sebanyak £140,000 seminggu selepas berjaya menjalani ujian perubatan di kelab Bayern Munich pada lewat Isnin.

Ujian perubatan itu terpaksa dibuat di Munich kerana Ozil perlu berada di bandar tersebut untuk merakamkan satu pengambaran komersial bersama skuad kebangsaan Jerman pada Isnin.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengesahkan pembelian itu.

"Saya telah menyatakan berulang kali bahawa bukanlah satu kerja yang mudah untuk membawa masuk seorang pemain ternama kerana ia melibatkan proses yang amat rumit tetapi akhirnya kita berjaya juga berkat kesabaran semua pihak dan saya berharap dengan pembelian ini semua para peminat akan berpuashati dan berasa gembira," ujar Wenger.

Ozil, yang akan memakai jersi No 11 diyakinkan oleh dua orang rakan senegaranya di Arsenal iaitu Per Mertesacker dan Lucas Podolski untuk berhijrah ke London.

Pembelian itu juga menjadikan Ozil sebagai pemain Arsenal dengan pembayaran gaji paling tinggi dan paling mahal dalam sejarah kelab tersebut.

Rekod pembayaran paling tinggi sebelum ini dipegang oleh pemain antarabangsa Sepanyol Santi Cazorla yang dibeli pada harga £16.5 juta musim lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis menyifatkan Ozil sebagai pemain bertaraf lima bintang dan salah seorang pemain tengah yang terbaik di Eropah.

Real sebelum ini telah memaksa pengurus mereka, Carlo Anchelotti supaya membuat keputusan sama ada untuk menjual Ozil atau pemain Argentina Angel Di Maria supaya mereka dapat mengutip semula sebahagian daripada perbelanjaan besar yang dikeluarkan untuk membawa masuk pemain antarabangsa Wale, Gareth Bale yang dibeli pada harga rekod dunia pada Isnin iaitu sebanyak £87.5juta dari sebuah lagi kelab London, Tottenham Hotspurs.

Ini menyebabkan Ozil terpaksa menulis surat terbuka kepada para peminatnya dan Real Madrid untuk menjelaskan situasi sebenar yang membawa kepada perpindahannya ke London. Surat itu ditulis dalam empat bahasa termasuk bahasa Inggeris.

Arsenal yang sememangnya terdesak untuk membawa masuk sekurang-kurangnya seorang muka baru bertaraf bintang sebelum pintu perpindahan ditutup pada tengah malam Isnin di seluruh Eropah hampir-hampir terlepas untuk mendapatkan tanda tangan Ozil selepas juara Perancis Paris Saint-Germain turut menawarkan harga yang sama untuk pemain itu.

Bagaimanapun Wenger berjaya memintas dengan bantuan dua orang lagi pemain Jerman mereka untuk menyakinkan Ozil supaya memilih London berbanding kota Paris.

Ozil dibeli oleh Real Madrid dari Werder Bremen pada musim panas 2010 dengan harga perpindahan £12.4 juta.

Mesut Ozil, Arsenal, Real Madrid

Artikel Lain